Saturday, February 11, 2012

BLOGGING KEMBALI --"

Post kali ini tanpa ada sebarang gambar . harap maklum .
Assalamualaikum dan hai semua , memang lama aku dah tak mengemaskini blog ni , memang nampak sangat dah bersawang bagai . Selepas lebih setahun menyepi tanpa sebarang "post" , akhirnya aku datang kembali kepada blog ini . Kekangan masa sebagai salah seorang pelajar terbaik malaysia *Ameen , membuatkan aku sibuk pada tahun 2011 . bagi kami yang lahir pada tahun 1994 , tahun 2011 merupakan tahun yang sangat getir , SPM 2011 menjadi penentu masa depan kami . AH ! tahun 2011 memang padat dan perkara yang paling menyedihkan ialah ketika Raya haji , masa tu memang aku terpaksa tinggal di sekolah sebab SPM hanya seminggu selepas perayaan tersebut . 

Jadi , pejam celik pejam celik kita sudah berada pada tahun 2012 , 8 tahun lagi sebelum Malaysia yang tercinta ni akan mencapai "Wawasan 2020" yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-4 , Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - salah seorang pemimpin profilik Malaysia . 

Untuk mereka yang pernah melawat blog ini , dengan sukacitanya aku ingin mengumumkan bahawa semua 'post-2' yang merepek dan merapan bagai telah dipadam . Benda yang sudah lepas tidak perlu dikenang kembali , tinggalkan segala kenangan dalam memori minda agar kita seorang sahaja yang dapat merasakan keindahan dan keperitan pada zaman muda muda dulu . 

Sebagai salah seorang penanam anggur yang berjaya , aku mengisi masa lapang dengan membuka pusat penternakan lemak di Ladang Perut . Disamping itu juga , aku dalam proses untuk mengambil lesen kereta dan motor . *AKU NAK JADI PEMANDU BERHEMAT ! . untuk pengetahuan kalian semua , aku telah gagal untuk ujian teori berkomputer dengan mendapat 41/50 -.- AH ! perasaan kecewa itu pasti ada , namun apakan daya aku telah gagal dalam ujian tersebut . Itu kali pertama aku gagal dalam ujian , kegagalan kali pertama itu membuatkan aku sedar bahawa usaha itu sangat penting untuk berjaya . Syukur Alhamdulillah aku telah lulus pada ujian kali kedua dengan , 47/50 dalam masa 11 minit . rasa macam nak menangis je -.-" dibawah ini ialah status aku selepas gagal ujian tersebut . 

"ingat ni Izwan , kita tak akan dapat kejayaan tanpa usaha , kita tak akan berjaya kalau kita hanya membanggakan kejayaan yang lalu , sekarang ni kau gagal . tapi gagal sekali tak bermakna kau akan gagal selama-lamanya . sedangkan yo-yo yang berada di bawah pun boleh naik , kenapa kau tak boleh naik ? kau manusia bernyawa , lengkap tubuh badan , mungkin kau boleh naik lagi tinggi dari yoyo tu kalau kau berusaha dengan gigih . :')"
Wahai blog , aku sayang kau sepertimana aku sayang binatang peliharaan aku , maka berikanlah aku kemudahan dan kegembiraan ketika menggunakanmu ! 

nota kaki : 
-aku telah berpindah ke Bandar Gua Musang .
-aku demam berkali-kali dalam tempoh tak sampai sebulan .
-19/2/2012 nanti akan menjadi sejarah dalam hidup sebab hari itu akan menjadi hari pertama aku memandu , kancil je pun -.- 
-aku dah ada Twitter , boleh follow aku di https://twitter.com/#!/izwanizani_94 , abaikan Main picture tu *sakai . haha 

"Ya Allah , Engkau jauhkan aku dari perkara yang dibenci oleh Mu , kau jauhkan lah aku dari Zina . kau hindarkan aku dari maksiat . Engkau berikanlah aku kekuatan untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada Mu , Engkau tetapkanlah iman didadaku , sesungguhnya aku ni hanya hamba Mu yang hina dan lemah di sisi Mu , Amiin "

Assalamualaikum :') 

No comments:

Post a Comment