Sunday, March 11, 2012

Random Izwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera , dah lama rasanya tak tulis dan merepek dalam blog usang ni . setelah sekian lama meghilang , kini saya kembali semula dengan berwajah baru *ayat poyo habis , haha :D Hari ni dah 12/3/2012 , kalau nak dihitung-hitung , tinggal 10 hari lagi sebelum result spm akan keluar . Ramai kawan aku yang dah bermimpi pasal keputusan yang dioang dah dapat , tetapi aku ? ? ? haha , belum lagi . Perasaan gemuruh dan takut pun belum ada dalam diri aku , tak tau la kenapa :') Semoga 22/3 nanti akan menjadi tarikh keramat kepada kami , Batch ke 9 SASER . InsyaAllah kami akan mengekalkan legasi yang telah ditinggalkan oleh putera putera terdahulu. Kalau nak diikutkan hati , aku mmg nak fly . kalau boleh mungkin ke Egypt , tak pun ke Ireland , tak pun Rusia , tak pun India , ah mana mana la . yang penting dapat Fly . haritu dah isi UPU , jadi aku dah buat keputusan untuk ambil sains kesihatan sebagai pilihan pertama , Kejuruteraan dan akhir sekali sains tulen . Percaturan yang aku lakukan ni agak berisiko , sbb aku takde la hebat sangat BIO , paling tinggi pernah dapat pun 60 je , tu pun cukup-cukup makan . tapi kalau result aku cukup bagus nnt , aku nak mohon Mara or JPA scholarship , and it is more to engineering perhaps . -.-" harap keputusan ni akan menjamin masa hadapan saya dengan lebih cerah untuk dapat anak yang comel comel . HAHA :D Malam tadi , Datuk Lee Chong Wei terpaksa tarik diri ketika menentang Lin Dan pada aksi akhir Terbuka All England , memang kesian dekat LCW sebab terpaksa menanggung kesakitan yang sangat memeritkan . Penarikan diri itu juga menyebabkan Lin Dan kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan LCW , mungkin Lin Dan inginkan permainan yang hebat daripada LCW . macam biasa , aku akan berselubung di bawah selimiut sambil menggigil gigil tgk aksi final , CUAK DAN NERVOUS , haha :D Jadi sampai situ sahaja post yang merepek dari saya , Izwan untuk hari ni . semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan , haha . esok saya dah nak kahwin :P Assalamualaikum (:

No comments:

Post a Comment