Sunday, February 12, 2012

SEMUA SALAH AKU :')

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah aku dapat menaip sekali lagi dalam blog yang penuh dengan sawang labah-labah ni . Tadi baru selesai menunaikan Solat Maghrib walaupun aku agak lambat sikit tadi , Imam sudah berada pada rakaat ke-3 baru aku mula mengangkat takbir .

Berbalik kepada tajuk di atas "SEMUA SALAH AKU" , petang tadi aku sempat menjenguk Facebook dia . Dia kelihatan baru mengemaskini statusnya di facebook , lebih kurang macam ni :


Benda yang sudah lepas tidak perlu dikenang kembali , tinggalkan segala kenangan dalam memori minda agar kita seorang sahaja yang dapat merasakan keindahan dan keperitan pada zaman muda muda dulu . 
Melihatkan kepada status itu , aku tergamam seketika . Lebih mendukacitakan apabila dia menambah pada bahagian bawah status itu dengan "#I'M AWAY" . Selang beberapa minit kemudian , aku tanpa rasa curiga sekali lagi membuka profile dia , alangkah terkejut apabila keluar benda ni 

The page you requested was not found.

You may have clicked an expired link or mistyped the address. Some web addresses are case sensitive.
nampak sangat dia dah deactivated facebook dia . tapi kenapa ? sebab aku kah ?

aku harap kau baca ni ,
aku mintak maaf atas apa yang aku telah tulis selama ni , termasuk didalam blog yang serba sunyi ni , aku tau kau marahkan aku . Tapi apa yang aku cuba sampaikan melalui "tinggalkan segala kenangan dalam memori minda agar kita seorang sahaja yang dapat merasakan keindahan dan keperitan pada zaman muda muda dulu " ialah aku taknak berkongsi segala benda yang aku pernah lalui dengan kau bersama dengan orang lain . biar kita je ingat semua perkara tu . Aku mohon maaf , maaf . memang tiada niat langsung untuk meminggirkan kau ,

dia , aku pun manusia biasa , langsung tidak sempurna . aku juga melakukan kesilapan .aku ingat kita boleh berkawan sampai bila-bila , tapi takkan sebab macam ni pun kau nak berecil hati , maaf lagi . Maafkan aku kalau aku yang terlebih perasan . Kita bukan kenal sehari dua , bukan sebulan dua , bukan juga setahun dua . tetapi sudah bertahun tahun . :') harap kau baca ni ,

Kita sama sama berdoa , berdoa agar Allah berikan yang terbaik untuk kita .

fahami aku sepertimana aku memahamimu :')

Assalamualaikum .


2 comments: